Custom Search

05 Januari 2009

cout :Bhg 1

Untuk pengaturcaraan C++, antara command yang paling asas yang korang selalu guna salah satunya ialah cout. Fungsi command ini untuk cetakkan huruf atau nombor yang korang nak pada skrin komputer. Cara nak guna command ni pun senang je. Kalau nak cetakkan Tulis kat skrin kat skrin maka bubuh Tulis kat skrin kat dalam command cout. Ayat Tulis kat skrin tu mesti diapit dengan double quote sign (").Caranya? Ni haa:

cout<<"Tulis kat skrin";

Contoh mudah:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
//Rujuk: 6.1,bahasa-c.blogspot.com
#include<iostream>
#include<stdlib.h>    // untuk gunakan command system("pause")

using namespace std;  // dalam borland tak perlu command nih

int main()
{
 cout<<"Tulis kat skrin";  //cetakkan ayat pada skrin
 system("pause");
 return 0;
}

akan menghasilkan output ini pada skrin:

Pekataan yang keluar kat skrin tu nampak serabut sk8 kan? sebenarnya Press any key to continue..._ yang wujud tu disebabkan adanya command system("pause"); yang membekukan program supaya korang tau apa yang berlaku. Jadi cara nak buat bagi kemas sk8 tulisan kat output ialah dengan cara bubuh \n pada hujung ayat Tulis kat skrin. Contoh:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
//Rujuk: 6.2,bahasa-c.blogspot.com
#include<iostream>
#include<stdlib.h>    // untuk gunakan command system("pause")

using namespace std;  // dalam borland tak perlu command nih

int main()
{
 cout<<"Tulis kat skrin\n";  //cetakkan ayat pada skrin
 system("pause");
 return 0;
}

Output:

Haa.. jadi kalau kita tengok ayat Press any key to continue..._ dah ada kat bawah. Sebenarnya apa yang kita bubuh tadi tu special command supaya screen cursor turun ke bawah ke line baru. Jadi kalau korang bubuh dua atau tiga kali kat command tu contoh: printf("Tulis kat skrin\n\n"); akan menyebab ayat Press any key to continue..._ selang satu baris. Kalau korang try copy dan paste printf("Tulis \n kat \n skrin"); korang akan dapati yang setiap pekataan dicetak pada setiap line. Jadi, sekarang ni cuba tukar-tukar pekataan dekat dalam tu pastu try compile dan tengok hasilnya. Jadi tau la cara nak guna dia.

Dan untuk pengetahuan juga, hasil output bagi command ni:

6
7
8

cout<<"Tulis kat skrin\n";

sama dengan command ni:

6
7
8

cout<<"Tulis "<<"kat sk"<<"rin\n";

dan sama juga dengan command nih:

6
7
8
9
10

cout<<"Tulis";
cout<<" kat";
cout<<" skrin\n";

dan sama juga dengan command nih:

6
7
8
9
10

cout<<"Tulis"
   " kat"
   " skrin\n";

Selain tu, ganti bagi tanda \n tu boleh kita gunakan endl. Contohnya, statement bagi cout<<"Tulis kat sini \n"; boleh ditulis cout<<"Tulis kat sini "<<endl; Tengok kat bwh:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
//Rujuk: 6.3,bahasa-c.blogspot.com
#include<iostream>
#include<stdlib.h>    // untuk gunakan command system("pause")

using namespace std;

int main()
{
 cout<<"Tulis kat skrin"<<endl;  //cetakkan ayat pada skrin
 system("pause");
 return 0;
}

Tapi aku tak syorkan korang gunakan endl tu sebab nak taip \n lagi senang dari nak taip >>endl betul tak? Tambah pulak kalau korang nak selangkan 5 baris, contoh:

cout<<"aku nak makan nasi \n\n\n\n\n"; lagi senang nak taipm daripada cout<<"aku nak makan nasi"<<endl<<endl<<endl<<endl<<endl; Tak ke susah?

Ha jadi endl tu hanya setakat tahu cukupla. Jangan tak tahu pulak. Jadi untuk setiap contoh yang dinyatakan kat atas cuba perhatikan betul-betul penggunaannya sebab semuanya akan mengeluarkan output yang sama. Cuma cara tulis programming saja yang lain-lain.

Macamana pula kalau korang nak cetakkan karekter \ ataupun " pada skrin? Sebabnya kalau korang test executekan:

  • cout<<"Tulis kat skrin karekter ni \ "; supaya keluar kat skrin Tulis kat skrin karekter ni \ ataupun
  • cout<<"Ahmad kata,"Blah aa kau!" "; supaya keluar kat skrin Ahmad kata,"Blah aa kau!" tak boleh sebab ada error. Betul tak? Try run laa..

Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan escape sequence. Contoh sebahagiannya ada kat bawah ni:

Escape sequence

Fungsi/huraian

\n

untuk turunkan screen cursor ke line baru

%%

untuk cetakkkan karekter %

\\

untuk cetakkan karekter \

\"

untuk cetakkan karekter "

\'

untuk cetakkan karekter '

\a

untuk bunyikan bell

\x2E

\x dan diikuti dengan dua nombor asas 16 ( 0 hingga F ) adalah alternatif untuk mencetak karekter ANSI yang sebahagiannya tiada pada keyboard anda.

Jadi sekarang ni kalau nak cetakkan:

  • Tulis kat skrin karekter ni \ kena buat begini, cout<<"Tulis kat skrin karekter ni \\ ";
  • Ahmad kata,"Blah aa kau!" kena buat begini, cout<<"Ahmad kata,\"Blah aa kau!\" ";
  • This book worth £ 25.99 kena buat begini, cout<<"This book worth \x9C 25.99";
  • Anda gagal kerana mendapat skor 23% kena buat begini, cout<<"Anda gagal kerana mendapat skor 23%%";

Ok, setakat tu dulu, kalau ada tak paham apa2, tak tahu ke, komen kat bawah ok?

Ok setakat ini dulu, bersambung ke pos cout :Bhg 2

Wasallam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan