Custom Search

27 Disember 2008

Pengenalan C dan C++

Mula belajar programming C ataupun C++ kat universiti ataupun A level? Tak paham apa yang pensyarah ajar? Ntah apa benda yg dia merepek? Takpe.. Rileks. Programming ni benda yang betul-betul baru dan konsep cara belajarnya lain sikit dari subjek-subjek biasa. Tak sama macam belajar fizik , kimia, BM, BI, bla...bla...Tapi tak susah sebenarnya programming ni cuma cara belajarnya lain skit. Faham konsep, ingat ,dan praktis depan komputer itu je. Jadi jom belajar C/C++. Untuk mendalami bahasa C/C++ ni, beberapa perkara dan struktur asas perlu diketahui supaya gambaran programming adalah lebih jelas.

Pengenalan ringkas Pengaturcaraan C / C++ adalah untuk:

  1. para jurutera perisian mereka perisian komputer.
  2. menjadi bahasa pengantara antara mesin dan manusia.
  3. kita programkan komputer dengan bahasa yang lebih mudah dan difahami tanpa perlu belajar bahasa mesin yang lebih dasyat dan memakan masa. Contoh: bahasa assembly, dan bahasa asli mesin, binari (00100011100101010001...).
  4. juga digunakan oleh researcher dalam kajian mereka. Jadi mungkin ANDA yang akan membuat FINAL YEAR PROJECT kemungkinan besar akan menggunakan C/C++ walaupun anda tidak menyukainya!!

Sebelum tu, perkara yang perlu diketahui di setiap pos blog ini:

  • kod bagi bahasa C akan dipamer dengan latar warna kuning gelap manakala bahasa C++ pula warna hijau untuk memudahkan anda.
  • contoh kod akan menggunakan font Courier New.

Software yang boleh digunakan untuk C dan C++ adalah seperti:

  • Microsoft Visual C++ (versi 6.0 adalah disyorkan)
  • Borland 5.02
  • Devcpp 4.9.9.2 (dalam blog ini penulis menggunakan software ini. Software ni open source, boleh download kat bloodshed.net kalau link kat sebelah ni rosak, search sendiri kat google taip devcpp nanti kelua la)
  • Dan macam-macam lagi.

Software yang pensyarah korang guna mungkin lain dengan apa yang direkomenkan dalam blog ini contoh macam Borland, tapi takpe, Borland pun boleh je nak guna untuk executekan contoh kod dalam blog nih ok? Jadi jom kita lihat contoh asas program C:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
//Rujuk: 2.1,bahasa-c.blogspot.com
#include<stdio.h>
#include<stdlib.h>    // untuk gunakan command system("pause")
int main()
{
printf("Assalamualaikum\n");
system("pause");
return 0;
}

dan juga contoh program C++:

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
//Rujuk: 2.2,bahasa-c.blogspot.com
#include<iostream>
#include<stdlib.h>    // untuk gunakan command system("pause")

using namespace std;  // masukkan statement ni kalau guna devcpp

int main()
{
cout<<"Assalamualaikum"<<endl;
system("pause");
return 0;
}

Cuba copy dan pastekan kod tu sama ada kod C ataupun C++ dari rajah kat atas ke dalam software C++ korang dan executekan (copy kod je. jangan copy nombor yang dalam kotak kelabu). Tak tau nak buat? Kepada yang tak tau nak buat, ini dia caranya:

  • Dev-C++
    1. Buka DevC++. Tutup window tips of the Day jika ada.
    2. Tekan Ctrl+N, atau Pergi kat Menu Bar, klik File > New > Source File. Tab baru Untitled1 akan muncul, jadi copy dan pastekan kod kat atas ke ruang putih kat situ.
    3. Tekan Ctrl+F9 dan window Save as akan muncul (ikut suka korang nak save file nama apa). pastu window Compile Progress akan muncul. Tunggu sampai Done muncul kat bahagian status. Pastu klik butang Close.
    4. Tekan Ctrl+F10 dan korang sepatutnya akan mendapat hasil yang diharapkan kalau korang buat benda ni ikut step-by-step.
  • Borland
    1. Buka Borland.
    2. Copy dan pastekan mana-mana kod kat atas kat dalam window kosong yang disediakan, kalau window tu ada isi, padamkan dulu segala isi-isi tu.
    3. Tekan butang yang ada ikon rupa macam kilat dekat toolbar.
    4. Korang akan dapat hasilnya.
  • Microsoft Visual C++ 6.0
    1. Buka MV C++ 6.0.
    2. Tekan ikon betul-betul bawah butang File dekat Toolbar, Pergi kat menu bar, Klik File > Save As > ( ikut suka nama apa tapi mesti *.cpp suffix dia ).
    3. Copy dan pastekan mana-mana kod kat atas kat dalam ruang putih kosong yang disediakan.

Ok, jadi korang sepatutnya dapat Command Prompt window macam gambar kat bawah:

Jadi sekarang kita akan tengok struktur asas pada kod kita tadi, Struktur-struktur asas:

  • Preprocessor directive
    • Dalam kedua-dua kod C dan C++ adanya statement seperti #include<stdio.h> , dan #include<iostream> dimana statement ini dinamakan preprocessor directive dan statement ini dimulai dengan tanda hash (#). Buat masa sekarang ,senang kata kalau kod C, semua kod mesti bubuh statement #include<stdio.h> pada awal kod. Bagi C++ pula mesti bubuh statement #include<iostream> pada awal kod.
  • Main function (Fungsi Utama)
    • Semua kod C dan C++ mesti ada main function, main function adalah bahagian kod yang diexecutekan untuk menghasilkan hasil yang dapat dilihat pada output kita pada kotak hitam tadi. Dibawah adalah bahagian yang dimaksudkan bagi main function.
1
2
3
4
5
int main()     //  Ini adalah bahagian main function
{              //  yang mempunyai header bertulis "int main()"
          //  dan body dimulai dengan "{" dan diakhiri
return 0;   //  dengan "}"
}              // 
    • Main function yang mempunyai header int main() mestilah diakhiri dengan statement return 0; sebelum }.
  • Statement (pernyataan)
    • Jika dilihat semula didalam main function terdapat kod-kod seperti printf("Assalamualaikum\n");, cout<<"Assalamualaikum"<<endl;, dan system("pause");, kod-kod ini adalah arahan untuk komputer melaksanakan apa yang telah diaturcarakan oleh programmer. Contoh:
      1. Statement printf("...."); akan mencetakkan ayat yang ada diantara double qoute("). ke output.
      2. Statement system("pause"); akan membekukan seketika program sebelum program diteruskan dengan menekan mana-mana kekunci.
  • Comment (komentar)
    • Komen boleh diletakkan pada kod sebagai nota untuk menjelaskan sesuatu statement atau program. Komen tidak akan diproses oleh compiler (pengkompil) untuk diexecutekan. Komen boleh diletakkan dengan dua cara:
    • Cara pertama: Memulakan komen dengan tanda /* dan diakhiri */. komen ini boleh merentasi barisan. Contoh:
1
2
3
4
/*   ini adalah komen. ia tidak akan diproses
  oleh pengkompil   */  ini bukan komen
ini bukan komen;
/*  ini juga adalah komen  */
    • Cara kedua: Memulakan komen dengan tanda //. komen dianggap akhir pada barisan itu sahaja. Ia tidak merentasi barisan. Contoh:
1
2
3
4
printf("Hello!!");  // ini adalah komen.
K += r;
printf("Gila");   // statement ini akan cetakkan Gila pada skrin

Ok setakat ini dahulu, teruskan ikuti blog ini jiak ingin mendalami ilmu C dan C++. Kalau ada apa-apa yang tak faham, sila komenkan kat bawah, tolong reply ok sebab aku pun nak tau sama ada post ni membantu ke tidak. Ok wasalam.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...Alhamdulilullah...dengan adanya blog ini mudah-mudahan dapatlah belajar sedikit demi sedikit...tengah minat ni....insyaALLAH....

    BalasPadam